BIOGRAFI

Nama penuh yang diberikan oleh ayahanda dan bonda saya ialah Zuperi Bin Amat Sitor. Nama pena yang kerap digunakan adalah Kesuma Jiwa. Saya dilahirkan di Kota Tinggi, Johor dan merupakan generasi kedua anak felda. Hasil pendapatan ayahanda dan bonda yang mengusahakan ladang kelapa sawit sebanyak 10 ekar dapatlah saya belajar di Sekolah LKTP @ SKAT 1 seterusnya ke sekolah menengah iaitu SMAT.


Saya telah menjadi ahli Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) sehingga dianugerahkan Bengkung Merah di Taman Ehsan, Kepong, Selangor. Selepas mengambil SPM saya menyambung belajar di Tingkatan 6 SM TUN HABAB dan ditawarkan Biasiswa Persekutuan selama 2 tahun.


Untuk mencapai cita-cita saya, Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan tempat di  Institut Bahasa Kuala Lumpur, Lembah Pantai (IBKL) selama 3 tahun 1993 -1995.

Saya mula ditugaskan mengajar di SKTT, Ampang pada Disember 1995. Minat yang mendalam dalam motivasi saya mengikuti Kursus Guru Bimbingan dan Kaunseling di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa untuk menjadi Guru BnK.



Hampir 10 tahun saya mula mengambil keputusan untuk memiliki Istana Idaman sendiri. Pada tahun 2005, saya bertugas di tempat baru iaitu SKBTK berhampiran dengan tempat kediaman saya.



Hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta iaitu Hazura, kami dikurniakan 3 orang permata iaitu Nasrin Nabihah, Nurin Kiasatina dan Muhammad Amir Syahmi. Mereka lah inspirasi dan semangat jiwa saya.

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...