Minggu depan ujian PKSR bermula, susah hati juga macam mana angah nak jawab soalan peperiksaan. Kalau pergi sekolah tentu, dia tak selesa kerana penyakitnya boleh berjangkit.
Demam Campak yang dihidapinya tidaklah berapa serius masih boleh dirawat secara tradisional sahaja. Itu pun petua dari ibu bapa dan mungkin nenek moyang kita.
Alhamdulillah.....angah tidak banyak meragam tetapi suhu badanya sentiasa berubah-ubah kepanasannya, badanya timbul ruam sehingga ke kaki, banyak tidur dan sentiasa berasa lesu serta kurang selera makan kerana tekaknya berasa pedih.
Bila anak diserang penyakit, mulalah minda ni mencadangkan pelbagai jenis rawatan jumpa doktor, buat air penawar dan tak terlepas petua orang tua-tua.
Bila jumpa doktor, pasti ubat yang dicadangkan ubat demam dan ubat sapu untuk gatal-gatal. Bila dikenang balik kata orang tua-tua ubat demam tu akan melambatkan proses demam campak dan kalau baik pun suatu masa ia akan keluar lagi.
Jadi aku ambil tindakan biarkan panas badan tu 2 - 3 hari supaya ruam-ruam di badan keluar semua sehingga ke tapak kaki. Maka baru aku mulakan perubatan tradisional ku.
Mula-mula tu kena beli bedak sejuk dahulu.
Kemudian ambil beberapa helai daun semambu
Tumbuk daun semambu dan bedak sejuk tu sehingga lumat
kemudian masukkan ke dalam bekas atau mangkuk
ditambahkan sedikit air
barulah disapu diseluruh badan.
Amalkan sehingga sembuh sepenuhnya....
Kelebihan petua ini :
- Mengurangkan rasa gatal-gatal di seluruh badan.
- Dapat menghilangkan ruam-ruam yang menjadi hitam.
- Menyejukkan kepanasan badan
Sekarang angah, dah beransur baik dan tak payah nak menghabiskan duit untuk beli ubat di klinik. Syukur Alhamdulillah.....
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny