Rabu, 27 Oktober 2010

BISA IKAN KELI

Assalamualaikum.

Hari ini rasanya Kesuma Jiwa nak bercakap pasal ikan keli. Kesuma Jiwa memang suka sangat dengan masakan ikan keli. Sejak kecil hingga dewasa menu mingguan mesti ada masakan ikan keli. Namun semenjak 2 tahun lepas Kesuma Jiwa terpaksa melupakan makanan kegemaran ini kerana mendatangkan bias-bisa dalam badan.

Pengalaman sewaktu kesuma Jiwa masih muda :

Selepas puas mandi sungai, kerap juga Kesuma Jiwa dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap Kesuma Jiwa dapat ialah keli, haruan, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas di mana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, KJ dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.



Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, KJ diajar oleh arwah ibu  agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. KJ tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi KJ diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, KJ tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. KJ menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit seperti Kesuma Jiwa , boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Hasiat Ikan Keli

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik  dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan.

Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Baru-baru ini, Kesuma Jiwa rasa dah serasi balik dengan masakan ikan keli ni, kerana selepas makan tidak ada tindakbalas pada badan. Rasa bisa-bisa pada badan sudah tiada. Tapi tak boleh makan ikan keli sebarangan kena makan ikan keli organik.

Ikan keli organik itu diternak dalam kolam kanvas dengan pemakanannya dipastikan bebas daripada sebarang bahan kimia dan antibiotik serta sisa haiwan. Isi ikan ini manis, kenyal dan lembut. Kajian saintis juga mendapati ikan keli organik boleh diguna untuk merawat lelah dan buah pinggang selain menguatkan tenaga batin kerana mempunyai Omega 3 seperti ikan linang,

Ikan Keli Organik Bakar


                                                                 Ikan Keli Organik Salai Masak Lemak Cili Api

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...