Selasa, 28 September 2010

KEMO......OH........KEMO

Kehidupan seharian Kesuma Jiwa ( KJ ) mula goyah setelah doktor mengesahkan ada tumor dibelakang badan. Terasa kacau bilau akal ini memikirkannya....benarkah aku....kenapa aku....bagaimana masa depan ku???..

Apakan daya, KJ terpaksa menjalani pembedahan buang tumor....8 jam tanpa sedar ia berlaku.....alhamdulillah semua berjalan lancar...tapi terpaksa tambah darah bagi menampung darah yang hilang ketika dibedah...

Kehidupan KJ seperti orang normal je selepas pembedahan....yang paling gembira sekali apabila Persatuan PIBG sekolah sponsor pergi ke Langkawi untuk melihat Kejohanan Olahraga MSSM di mana atlet KJ terpilih untuk menyertainya....hampir seminggu juga di sana....



Setelah setahun berlalu....KJ dinasihatkan meneruskan rawatan iaitu Radioterapi dan Kemoterapi sebanyak 6 cycle....ketakutan mula menerjah diri ini sekali lagi...hanya Allah Yang Lebih Mengetahui....

Cycle 1 & 2 ( Kemoterapi pusingan 1 & 2 )
Alangkah sengsara diri ini ketika menjalani rawatan. Pelbagai perubahan diri telah berlaku.....badan terasa tidak berdaya lagi.....rambut mula terlerai satu persatu menyebabkan KJ terus membotakkan kepala.....deria rasa lidah terus hilang jadi makanan yang dimakan hilang rasa kelazatannya.

KJ menjalani kemo 3 hari dalam seminggu... Rawatan kemo akan menyebabkan sel-sel dalam badan akan musnah maka keadaan fizikal mula ada perubahan. Suntikan rawatan kemo amat menyakitkan diri KJ bila ubat mula meresap ke salur darah.... Walaupun begitu KJ masih boleh memandu kereta dan berjalan seperti biasa cuma tak dapat menurunkan ilmu kepada anak didik di sekolah.

KJ dinasihatkan berehat di rumah dan berada dalam persekitaran yang bersih agar tidak menggangu kesihatan KJ. KJ bersyukur kerana bekerja dengan kerajaan dapat juga merasai kelebihan bila berada di hospital....kos rawatan adalah percuma kadangkala hanya bayar duit makan saja. Kalau nak diikutkan kos rawatan kemo dan tinggal di dalam wad hampir RM 4000 itupun 3 hari seminggu. Kalau 6 minggu rawatan dah berapa kira je lah.....

Cycle 3 ( rawatan kemoterapi minggu ke 3 )
Rawatan berjalan seperti biasa..... tanpa KJ sedari dos ubat telah ditambah tanpa pengetahuan KJ ....ini mengikut prosedur biasa....Keadaan mula menjadi hiruk pikuk selepas seminggu rawatan....KJ mula berasa kelainan pada diri....batuk...muntah....pemikiran sudah menjadi tidak normal....badan mula terasa panas...yang amat sangat sehingga kuku tangan dan kaki menjadi hitam...begitu juga warna kulit menjadi gelap.....

Keadaan menjadi lebih kronik....apabila ku rasakan seperti berada di hujung kehidupan...Malam itu rumah KJ dikunjungi dengan penduduk di kawasan perumahan....kawan-kawan dan guru-guru tempat ku mengajar.....hanya kedengaran bacaan suran Yassin di dalam rumah dan ucapan syahadah di telinga KJ. Akhirnya ambulans datang dan KJ dihantar ke hospital....masuk ICU unit kecemasan....

OK....nanti KJ akan sambung balik pengalaman KJ....terima kasih kerana sudi membaca.....sekadar berkongsi pengalaman......

Assalammualaikum......

1 ulasan:

  1. Terima kasih sahabat ku kerna membuat coretan jiwa dalam face book

    BalasPadam

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...