Sabtu, 13 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Assalamualaikum;

..............Kepada Ayahanda dan Bonda di kampung, saudara-saudaraku, sanak-saudara, semua teman, pembaca blog dan yang mengenali Kesuma Jiwa di mana sahaja berada..........
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha
melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan
datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu
jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Selasa, 9 November 2010

KHASIAT BUAH-BUAHAN HINDARI PENYAKIT


KENAPA bila kita menziarahi seseorang itu pasti kita membawa buah tangan iaitu buah-buahan. Pastinya sebab ia mudah didapati dan mudah untuk dibeli. Di sini Kesuma Jiwa ingin berkongsi maklumat yang ada, maklumlah sewaktu di HUKM ramai kenalan memberikan buah-buahan .

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.


MALANGNYA, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Sabtu, 6 November 2010

ERTI PERSAHABATAN

Assalamualaikum,

Adakah kita telah memurnikan ukhuwah dalam persahabatan.

Persahabatan dalam Islam diikat oleh tali keimanan dan kasih sayang di antara mereka. Iman selalu bersemayam di hati dan bukan hanya terletak di alam fikiran.


Ikatan keimanan dan kasih sayang, tidak mengenal transaksi, pertimbangan untung atau rugi. Persahabatan dalam Islam dibina sepanjang waktu, baik dalam kegiatan spiritual maupun dalam kegiatan sosial. Dalam kegiatan spiritual misalnya, setiap sholat selalu bacaannya diakhiri dengan mengucap salam ke kanan dan ke kiri. Ucapan salam itu berisi doa, memohon agar keselamatan dan rakhmat Allah selalu melimpah kepada saudaranya sesama muslim.


 Demikian pula, dalam berbagai doa’ yang diucapkan, kaum muslimin selalu menyempurnakan doanya terhadap seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang sudah mati.

Hubungan sesama kaum muslimin, dibangun sebagaimana sebuah bangunan rumah, antara bahagian satu dengan bahagian lainnya saling memperkukuh. Selain itu juga diumpamakan bagaikan tubuh, maka jika sebahagian sakit maka yang lainnya akan merasa sakit, dan demikian juga sebaliknya.


Jika bersahabat kerana rupa dan kemasyhuran, kedua-duanya akan hilang bersama luputnya usia muda dan hilangnya pangkat dan jawatan.

Jika bersahabat kerana wang ringgit, mungkin kelihatan mahal pada rupanya namun sangat fakir tujuannya.

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...