Assalamualaikum;
..............Kepada Ayahanda dan Bonda di kampung, saudara-saudaraku, sanak-saudara, semua teman, pembaca blog dan yang mengenali Kesuma Jiwa di mana sahaja berada..........
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha
melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan
datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu
jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Untuk mendapat cinta seseorang, manusia sanggup melakukan apa saja pengorbanan untuk menambat hati si dia, Bagaimana kita hendak mendapat kecintaan Allah s.w.t kepada kita. Jawabnya tentulah melakukan pengorbanan iaitu Ibadah Korban yang hanya sekali dalam setahun.
Ambillah peluang cuti umum Aidiladha dengan pengisian yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. Jangan pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.
Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk
menyambut hari raya Aidiladha. Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada komuniti setempat, orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha bersama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan