Sabtu, 6 November 2010

ERTI PERSAHABATAN

Assalamualaikum,

Adakah kita telah memurnikan ukhuwah dalam persahabatan.

Persahabatan dalam Islam diikat oleh tali keimanan dan kasih sayang di antara mereka. Iman selalu bersemayam di hati dan bukan hanya terletak di alam fikiran.


Ikatan keimanan dan kasih sayang, tidak mengenal transaksi, pertimbangan untung atau rugi. Persahabatan dalam Islam dibina sepanjang waktu, baik dalam kegiatan spiritual maupun dalam kegiatan sosial. Dalam kegiatan spiritual misalnya, setiap sholat selalu bacaannya diakhiri dengan mengucap salam ke kanan dan ke kiri. Ucapan salam itu berisi doa, memohon agar keselamatan dan rakhmat Allah selalu melimpah kepada saudaranya sesama muslim.


 Demikian pula, dalam berbagai doa’ yang diucapkan, kaum muslimin selalu menyempurnakan doanya terhadap seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang sudah mati.

Hubungan sesama kaum muslimin, dibangun sebagaimana sebuah bangunan rumah, antara bahagian satu dengan bahagian lainnya saling memperkukuh. Selain itu juga diumpamakan bagaikan tubuh, maka jika sebahagian sakit maka yang lainnya akan merasa sakit, dan demikian juga sebaliknya.


Jika bersahabat kerana rupa dan kemasyhuran, kedua-duanya akan hilang bersama luputnya usia muda dan hilangnya pangkat dan jawatan.

Jika bersahabat kerana wang ringgit, mungkin kelihatan mahal pada rupanya namun sangat fakir tujuannya.




Carilah semula nilai persahabatan dalam hidupmu teman. Semoga Allah s.w.t. menemukan kita dengan sahabat yang ingin mengajak kita melangkah ke pintu syurga, bukannya yang menolak kita jatuh ke jurang neraka.

Adakah kita memiliki nilai persahabatan yang jitu?
1) Bersikap terbuka itu lebih baik untuk anda, jangan membezakan rakan anda taraf dan kedudukannya.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh  dan kurang baik, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang sejati.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan karib pun tidak dapat bersama 24 jam. Bina silaturrahim dengan yang lain dan jangan memutuskan silaturrahim.
6) Komunikasi sangat penting, bermuzakarahlah antara sahabat kamu pecahkan masalah dan hormati keputusanya walaupun kamu tidak setuju.
7) Jangan biarkan faktor luara seperti tekanan (stress) merenggangkan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membantu  anda untuk melepaskan masalah diri anda, walaupun tidak menyelesaikan malasah paling tidak sesak didada terlerai sudah, jangan gunakan sahabat hanya untuk kepentingan kamu saja, dengarlah rintihan sahabat kamu yang ditimpa masalah dan belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan menfitnah di belakang kawan anda,
10) Pilih kata-kata yang manis dan bijaksana kerana kerana perkataan yang kasar akan menguris hati teman kamu, ingatlah lidah adalah senjata paling tajam bagi pemiliknya, dengan lidah kamu bisa selamat dengan lidah pula kamu bisa tertekan.


Firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :


“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
AMMAR - CEBISAN KENANGAN

1 ulasan:

  1. Terima kasih teman kerana sudi menjadi sahabat buat insan yang lemah ini.

    Pengalaman bersama-sama teman sukar untuk dilupakan. Masih segar dipenjuru fikiran membuat hati mekar ditaman idaman.

    BalasPadam

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...