Jumaat, 4 Mac 2011

Dari dulu lagi.........Demam Campak

Alahai....... kesian angah tak boleh pergi sekolah. Hari ni dah masuk hari ke 4 tidak ke sekolah. Bolehlah teman kan ayah di rumah beberapa hari.

Minggu depan ujian PKSR bermula, susah hati juga macam mana angah nak jawab soalan peperiksaan. Kalau pergi sekolah tentu, dia tak selesa kerana penyakitnya boleh berjangkit.

Demam Campak yang dihidapinya tidaklah berapa serius masih boleh dirawat secara tradisional sahaja. Itu pun petua dari ibu bapa dan mungkin nenek moyang kita.

Alhamdulillah.....angah tidak banyak meragam tetapi suhu badanya sentiasa berubah-ubah kepanasannya, badanya timbul ruam sehingga ke kaki, banyak tidur dan sentiasa berasa lesu serta kurang selera makan kerana tekaknya berasa pedih.

Bila anak diserang penyakit, mulalah minda ni mencadangkan pelbagai jenis rawatan jumpa doktor, buat air penawar dan tak terlepas petua orang tua-tua.

Selasa, 22 Februari 2011

Aku sentiasa melihat dan menilai mu ..... maafkan aku.

Hidup ini tidak ku biarkan keseorangan. Mana taknya bila dah menghadap komputer ni 2-3 jam kadangkala rasa bosan pun ada. Mula lah mencari teman blogger yang setia untuk menghiburkan hati yang sepi.

Seronok bila berkongsi pengalaman dengan teman-teman. Bermacam ragam dan rencah kehidupan dirasai tapi paling penting silaturrahim.

Maaflah teman blogger kadangkala tak sempat meninggalkan jejak diri ini pada followers ...... jangan marah namun  teman blogger tak kan ku tinggalkan. Sebenarnya banyak perkara yang kesuma pelajari dari master blogger ni..... jangan risau semuanya positif belaka.

..."Aku terima nikahnya......" Sah !!!

Selamat Pengantin Baru ...... adikku...

Assalamualaikum ......

Tahniah adikku, akhirnya kau ucapkan jua dihadapan Tok Kadi Nikah..."Aku terima nikah......... dengan maskahwin RM 22.50 TUNAI......."

Akhirnya, dirimu telah sah berumah tangga dengan pilihan hatimu.... berakhirnya zaman bujangmu.

Salam blogger..... kenapa intro ini macam merepek je. Sebenarnya saje nak mengusik adikku ini. Suka ada, sedih pun ada juga. Mana taknya adikku ini boleh dikatakan rapat dengan ku. Susah nak berengang dengannya semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1993.

Ahad, 20 Februari 2011

Meletakkan Linkwithin Pada Blog

Antara kelebihan menggunakan linkwithin adalah:

1.Paparan dengan thumbnail yang lebih menarik perhatian pengunjung

2.Cara yang mudah untuk letak dalam blog tanpa memerlukan ubahan yang kompleks.

3. Memudahkan pengunjung mencari catatan yang lepas dan berkaitan.

Berikut adalah cara ringkas untuk meletakkan linkwithin dalam blog.


Membina Shoutbox Pada Blog

Meletakkan sesebuah shoutbox dalam menggalakkan interaksi antara pemilik blog dengan pengunjung sesebuah blog. Interaksi ini mudah kerana ianya tidak melibatkan komen pad aentri, tetapi pesanan yang ditinggalkan pada gadjet shoutbox yang di'pasang' oleh pemilik blog.

 

tutorial daftar dan letak shoutbox pada blog


Terdapat pelbagai jenis shoutbox yang ada untuk diletakkan dalam sesebuah blog. Antara yang dicadangkan untuk diletakkan dalam sesebuah blog adalah shoutbox daripada shoutmix.com.

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...