Selamat Pengantin Baru ...... adikku...
Assalamualaikum ......
Tahniah adikku, akhirnya kau ucapkan jua dihadapan Tok Kadi Nikah..."Aku terima nikah......... dengan maskahwin RM 22.50 TUNAI......."
Akhirnya, dirimu telah sah berumah tangga dengan pilihan hatimu.... berakhirnya zaman bujangmu.
Salam blogger..... kenapa intro ini macam merepek je. Sebenarnya saje nak mengusik adikku ini. Suka ada, sedih pun ada juga. Mana taknya adikku ini boleh dikatakan rapat dengan ku. Susah nak berengang dengannya semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1993.
Terlebih dahulu abang, menyusun jari sepuluh kerana tidak dapat menghadiri Majlis Pernikahan hari tersebut : 11 Februari 2011 ( Jumaat ) sebabnya tentu adik lebih mengetahui.
Namun begitu abang bersyukur akhirnya hidup mu tidak keseorangan lagi.... kau sudah berteman.... Abang berdoa "SEMOGA PERKAHWINAN MU KEKAL HINGGA KE SYURGA...... AMIN...."
Mulalah belajar membina keluarga bahagia, banyak yang perlu dipelajari dalam hal berumah tangga. Jangan mudah berputus asa dan hadapi segala rintangan sebagai panduan hidup. Yang paling penting banyakkan BERSABAR..
..... SELAMAT BERBAHAGIA ADIKKU ......
Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."
Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."
Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"
Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"
Abdul Rahman r.a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."
Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."[4]
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.

Manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan sama ada disedari atau tidak. Kemungkinan banyak yang kita lakukan sejak dari kecil lagi adalah hasil yang kita lihat melalui pengamatan dan penilaian kita mungkin betul ....mungkin tidak.
BalasPadamApa yang penting bila kita dah mengetahui sesuatu perkara itu salah tidaklah perlu diulang lagi..... semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNYA.... Amin...
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny