Hidup ini tidak ku biarkan keseorangan. Mana taknya bila dah menghadap komputer ni 2-3 jam kadangkala rasa bosan pun ada. Mula lah mencari teman blogger yang setia untuk menghiburkan hati yang sepi.
Seronok bila berkongsi pengalaman dengan teman-teman. Bermacam ragam dan rencah kehidupan dirasai tapi paling penting silaturrahim.
Maaflah teman blogger kadangkala tak sempat meninggalkan jejak diri ini pada followers ...... jangan marah namun teman blogger tak kan ku tinggalkan. Sebenarnya banyak perkara yang kesuma pelajari dari master blogger ni..... jangan risau semuanya positif belaka.
Selasa, 22 Februari 2011
..."Aku terima nikahnya......" Sah !!!
Selamat Pengantin Baru ...... adikku...
Assalamualaikum ......
Tahniah adikku, akhirnya kau ucapkan jua dihadapan Tok Kadi Nikah..."Aku terima nikah......... dengan maskahwin RM 22.50 TUNAI......."
Akhirnya, dirimu telah sah berumah tangga dengan pilihan hatimu.... berakhirnya zaman bujangmu.
Salam blogger..... kenapa intro ini macam merepek je. Sebenarnya saje nak mengusik adikku ini. Suka ada, sedih pun ada juga. Mana taknya adikku ini boleh dikatakan rapat dengan ku. Susah nak berengang dengannya semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1993.
Ahad, 20 Februari 2011
Meletakkan Linkwithin Pada Blog
Antara kelebihan menggunakan linkwithin adalah:
1.Paparan dengan thumbnail yang lebih menarik perhatian pengunjung
2.Cara yang mudah untuk letak dalam blog tanpa memerlukan ubahan yang kompleks.
3. Memudahkan pengunjung mencari catatan yang lepas dan berkaitan.
Berikut adalah cara ringkas untuk meletakkan linkwithin dalam blog.

Membina Shoutbox Pada Blog
Meletakkan sesebuah shoutbox dalam menggalakkan interaksi antara pemilik blog dengan pengunjung sesebuah blog. Interaksi ini mudah kerana ianya tidak melibatkan komen pad aentri, tetapi pesanan yang ditinggalkan pada gadjet shoutbox yang di'pasang' oleh pemilik blog.
Terdapat pelbagai jenis shoutbox yang ada untuk diletakkan dalam sesebuah blog. Antara yang dicadangkan untuk diletakkan dalam sesebuah blog adalah shoutbox daripada shoutmix.com.
Terdapat pelbagai jenis shoutbox yang ada untuk diletakkan dalam sesebuah blog. Antara yang dicadangkan untuk diletakkan dalam sesebuah blog adalah shoutbox daripada shoutmix.com.
Menulis Catatan pada Entri Blog
Post entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas bagi seorang blogger.
Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.
Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri kan.:)
Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

Cara Membina Blog
Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.
Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.
Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Membina "READ MORE" pada entri yang panjang.
Sebelum memperolehi cara mudah ini, pelbagai cara telah saya lakukan namun sebenarnya kita tidak perasaan sebenarnya blooger google telah menyediakannya.
Ikuti prosedur seperti di bawah :
Ikuti prosedur seperti di bawah :
Sabtu, 19 Februari 2011
Tabung ku ...... Tabung anakku
Saya dari di bangku sekolah menengah memang suka menabung duit syiling dah jadi macam satu hobi pulak. Banyak koleksi tabung saya masa tu ada yang di beli dan ada yang dibuat sendiri.
Pengalaman mencipta tabung ini memang menyeronokan terutama menggunakan buluh. Tapi bila nak gunakan duit tabungan sangat susah untuk dikeluarkan nak tunggu betul-betul penuh atau hampir penuh baru boleh diambil dengan membelah dua tabung tu.
Isnin, 14 Februari 2011
Menemui kembali teman blogger
Assalamualaikum, teman setia blogger.
Lama betul tidak menjenguk laman blog ni, rasa rindu membuak-buak. Apatah lagi banyak yang hendak dikongsi bersama. Bukan merajuk hati tetapi mencari ilmu untuk memantapkan perasaan dan jiwa agar tidak dibelengu emosi yang negatif.
Bersyukur kepada Allah S.W.T. banyak peristiwa manis yang berlaku selama 3 bulan yang lepas. Inilah salah satu hikmah yang diberikan kepada family kami. Walaupun tidak dapat menyertai peristiwa ini, namun ia meninggalkan bekas dihatiku.

Langgan:
Catatan (Atom)