Saya dari di bangku sekolah menengah memang suka menabung duit syiling dah jadi macam satu hobi pulak. Banyak koleksi tabung saya masa tu ada yang di beli dan ada yang dibuat sendiri.
Pengalaman mencipta tabung ini memang menyeronokan terutama menggunakan buluh. Tapi bila nak gunakan duit tabungan sangat susah untuk dikeluarkan nak tunggu betul-betul penuh atau hampir penuh baru boleh diambil dengan membelah dua tabung tu.
Semua tu zaman, 70-an dan 80-an sekarang tak payah susah-susah kat kedai pun ada jual tabung atau pun gunakan tabung yang diberikan oleh pihak bank kepada para penyimpannya.
Hobi saya ni diteruskan juga selepas berkerja dan kahwin untuk menjamin masa depan. Tapi duit syiling ni tak muat nak masuk dalam saku seluar maka kebanyakannya saya simpan di dalam dua buah tabung kesayangku Tabung Anggur dan Tabung Kacang yang dibeli sewaktu saya berkunjung ke Air Hitam, Johor.
Tahun 2009, saya bercadang untuk mengosongkan tabung tersebut kerana agak sukar hendak menyimpan lagi dan dimasukkan ke dalam bank. Masa itu wang syiling RM 1 hendak dilupuskan maka adalah wajar saya menukarnya di bank.
Anak-anak cukup gembira bila dia mengira duit tabungan ku kerana tak pernah melihat duit syiling yang terlalu banyak. Saya menyerahkan kepada anak yang sulung untuk mengiranya kerana saya ada urusan di sekolah.
Apabila sudah siap mengiranya, saya dan isteri agak hairan kenapa duit syiling itu dibahagikan kepada tiga bahagian....... rupanya mereka mengagihkan sama banyak antara ketiga-tiga anaku.
Tergelak kami suami isteri....... tapi kami akur, Akhirnya duit itu dimasukkan ke akaun simpanan anak-anakku.
Sekarang anak-anakku sudah mempunyai tabung sendiri dan sudah menyimpannya selama dua tahun. Lebihan duit belanja sekolah agama dan sekolah kebangsaan dimasukkan ke dalam Tabung Kelapa Bank Pertanian.
Setiap kali menyimpannya pasti anak-anaku akan tersenyum kepada ku yang selalu memerhatikannya.
Anak-anak akan belajar dari apa yang dilihat pada ibubapanya
BalasPadam