Sabtu, 5 Mac 2011

Antara Politik Kebencian dan Agenda Pembangunan

SELEPAS seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau berlangsung, sudah pasti majoriti daripada 8,999 pengundi di kawasan tersebut telah membuat keputusan untuk memilih parti bagi mewakili mereka Ahad ini.

Lebih penting, wakil rakyat yang dipilih itu bukan sahaja dapat membawa suara mereka kepada kepimpinan negeri tetapi apa yang dapat dilakukannya bagi pembangunan Kerdau serta penyelesaian sebarang masalah penduduk tempatan.





Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang begitu merendah diri dalam kempennya, merayu agar pengundi memberi sokongan kepadanya agar beliau dapat meneruskan agenda pembangunan kerajaan di Kerdau.

Betul apa yang dikatakannya kerana kesinambungan parti yang sama di Kerdau dan juga sekutu dengan kepimpinan negeri dan Kerajaan Pusat akan memudahkan lagi proses tersebut. Itu agenda pembangunan yang dibawa oleh calon kerajaan dengan matlamat mahukan kesejahteraan rakyat dan meneruskan tradisi membela rakyat.

Namun di satu pihak lagi iaitu, Hassanudin Salim, calon Pas itu menidakkan pula segala sumbangan kerajaan kepada rakyat dan negara selama ini.
Bagi beliau, pembangunan yang dibawa kerajaan penuh dengan muslihat dan rakyat terus tertindas. Rancangan pembangunan kerajaan hanya memberi kekayaan kepada pihak tertentu khususnya yang rapat dengan parti pemerintah.

Mungkin pemimpin Pas sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata mereka tentang nikmat pembangunan yang sedang dirasai oleh penduduk Kerdau khususnya menerusi rancangan tanah seperti Felda dan Felcra.

Malah mereka juga menghasut peneroka supaya menentang kerajaan yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada peserta tanah rancangan.

Sebenarnya, tidak sedikit nikmat yang diperoleh peneroka di tanah rancangan itu selain menjadi 'anak emas' kerajaan. Mereka dibantu dari mula memasuki tanah rancangan itu hinggalah generasi kedua mereka juga diberi perhatian oleh kerajaan.

Seperti kata Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, sebelum peneroka memasuki tanah rancangan, boleh dikatakan sebahagian besar daripada mereka hidup susah tetapi kini bukan sahaja mempunyai tanah malah rumah yang besar dan kereta menjalar.

Sebab itulah beliau begitu kecewa apabila ada peneroka yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan mahu menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan. Seboleh-bolehnya semua perkara mesti percuma dan tidak ada kos yang perlu ditanggung oleh peneroka.

Menurut Tajuddin, pembangunan tanah rancangan melibatkan kos yang besar dan ia bermula dengan modal yang terlebih dahulu diperoleh secara pinjaman oleh kerajaan.

"Dulu kawasan Felda dan Felcra adalah hutan tebal dan paya bakau tetapi kerajaan keluarkan modal dulu untuk bangunkan hutan itu dan kemudiannya berikan kepada rakyat," katanya.

Katanya, kerajaan BN juga telah membuat keputusan yang tepat apabila memilih sawit dan getah untuk ditanam oleh peneroka dan hari ini mereka menikmati hasilnya apabila harga tanaman itu melonjak tinggi.

Sehubungan itu, para peneroka khususnya di Kerdau perlu membuat keputusan yang betul dan tidak termakan dakyah pembangkang yang mahu rakyat membenci kerajaan.

Utusan Malaysia 05/03/2011

Kebiasaannya juga dalam proses berkempen pilihan raya, mereka yang terlibat bukan sahaja akan menonjolkan kewibawaan sebagai bakal Yang Berhormat tetapi turut mengemukakan wawasan pembangunan yang akan dibawa.
Namun dalam kempen PRK Kerdau didapati agenda kedua-dua calon agak berbeza kerana sebelah pihak membawa mesej pembangunan dan satu lagi membawa imej politik kebencian.

4 ulasan:

  1. Oleh itu, kita masih boleh menyandarkan harapan kepada ahli politik dan sistem politik kita. Kuasa ada di tangan kita untuk memilih, baik BN mahupun Pakatan, kita harus memilih dengan objektif dan rasional.

    Pilihan kita hari ini menentukan sama ada nasib anak bangsa kita mampu dibela dan terjamin masa hadapan.

    Jangan biarkan perasaan rimas kita hari ini dengan politik mengaburi mata dalam membuat pilihan di peti undi kelak.

    BalasPadam
  2. Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours

    More than 160 thousand men and women are using a easy and SECRET "liquids hack" to lose 2 lbs each and every night while they sleep.

    It's effective and it works with anybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Go get a clear glass and fill it with water half full

    2) Proceed to follow this proven hack

    and become 2 lbs skinnier when you wake up!

    BalasPadam
  3. As claimed by Stanford Medical, It is really the SINGLE reason this country's women get to live 10 years more and weigh an average of 19 kilos lighter than us.

    (And really, it is not about genetics or some hard exercise and EVERYTHING about "how" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", not "what"...

    Click this link to find out if this short test can help you release your true weight loss possibilities

    BalasPadam
  4. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...