Sabtu, 9 Oktober 2010

Sekadar Renungan...RAYA @ DUIT RAYA

Selamat tinggal Aidilfitri, semoga berjumpa di tahun hadapan 1432 H.

Habis raya ni paling seronok ialah kanak-kanak. Setiap hari ingin menghitung jumlah pemberian duit raya dan ada pula yang merancang sesuatu dengan duit raya. Buat adik-adik rancanglah dengan bijak minta bantuan ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan nasihat.
Apa yang  Kesuma Jiwa nak beritahu ialah amalan kunjung mengunjungi dan duit raya. Kalau zaman KJ dahulu di tahun 70-an dan 80-an. Amalan kunjung mengunjung sudah menjadi satu kemestian.

Terasa ruginya bila tidak dapat bersama. ia diselitkan dengan bertakbir @ Marhaban serta dapat pelbagai hidangan Hari Raya. Kalau dimurahkan rezeki dapatlah duit raya daripada Tuan Rumah. Paling menyeronokkan bila kita satu family berjalan bersama-sama mengunjungi sanak saudara dan jiran tetangga. Kemeriahan dan rasa selamat tetap terasa ketika Aidilfitri.



Amalan kunjung mengunjung dan pemberian duit raya telah berubah mengikut zaman. Sekarang terdapat masyarakat yang suka memerap di rumah dengan menonton siaran rancangan menarik daripada mengunjungi rumah jiran tetangga dan sanak saudara.



Kalau nak pergi tunggu tuan rumah buat open house baru nak pergi. Begitu juga dengan pemberian duit raya. Zaman KJ hanya peroleh 20 sen, 30 sen dan 50 sen, tapi sekarang dapat RM 1 , RM 2, RM 5 dan kalau bernasib baik dapat lebih dari itu. Alhamdulillah....murah rezeki.

Kesuma Jiwa nak berkongsi cerita, apabila kanak-kanak pergi berhari raya. KJ menerima semua tetamu yang hadir dengan hati ikhlas. Termasuklah anak-anak kecil yang datang. Memang meriah dengan kehadiran mereka ke rumah KJ. Kunjungan mereka ini bukan kerana nak menziarah atau makan kuih raya tetapi duit raya.

Hanya segelintir sahaja tidak bersikap demikian. Mana taknya baru tuan rumah nak sediakan air minuman dah minta diri untuk pulang sampai tak sempat menjamah kuih muih yang tersedia.

Amalan memberi duit raya dahulu, ia hanya diberi kepada anak-anak dan tetamu yang dikenali tetapi sekarang pemberian duit raya seperti kemestian bagi tuan rumah bagi anak-anak kecil yang datang.



 Kadang kala tetamu kecil ini juga merunsingkan KJ. Suatu hari datang tetamu kecil ke rumah KJ dengan memimpin adik-adiknya  masuk ke rumah KJ. Tetamu kecil ini jarang Kesuma Jiwa nampak di taman perumahan ini. Rupanya setelah beramah mesra tetamu kecil ini tinggal jauh dari tempat tinggal KJ lebih kurang 6 kilometer dengan berjalan kaki.

Kesuma Jiwa rasa perkara seperti ini tidak perlu berlaku lagi. Ibu bapa tidak boleh memberikan kebebasan kepada anak-anak kecil pantaulah ke mana anak-anak kita pergi. Jangan jadikan anak kita seperti peminta sedekah. Padahal kita mesti mampu menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Bawalah mereka bersama ketika pergi berhari raya, jangan biarkan mereka bebas pergi bersendirian.  Ambillah iktibar atas kehilangan Nurin Jazlin yang mengejutkan Malaysia kerana diculik dan dibunuh.

Marilah kita hidupkan semangat kunjung mengunjungi rumah jiran tetangga dan sanak saudara. Pergilah melihat mereka tanpa rasa segan silu rapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Sewaktu dalam kegembiraan yang diraikan keselamatan juga perlu diutamakan. 

Wariskan sesuatu perkara positif kepada anak-anak kita kerana mereka akan mencorakkan  suasana  Hari Raya di masa hadapan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'JOM BACA LAGI ENTRI INI' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...